Ads Top

13 Tips Jimat Kewangan Bagi Pelajar

1. Kurangkan aktiviti 'hang out' di shopping mall di hujung minggu. Ehem! Janganlah selalu sangat pergi dating !

2. Berbelanja ikut kemampuan bukan kehendak.
Beli barang yang perlu sahaja.

3. Amalkan konsep ' car pool ' jika perlu travel ke luar. Ianya lebih jimat. Percayalah ! Berkongsi itu lebih baik.

4. Gunakan public transport, uber atau grab car jika mahu jimat dari segi minyak kereta, parking dan tol. Kita lebih nampak POYO di hadapan kawan kawan kerana kita punyai pemandu peribadi.

5. Tambahkan kebolehan diri dengan ilmu memasak di rumah sewa. Meriahkan suasana rumah dengan amalan memasak bersama. Kasih sayang itu lebih erat !

6. Jika makan di luar cari makanan yang harganya murah. Murah tak semestinya tidak sedap. Yang penting perut kenyang.

7.  Membeli belah apabila ada diskaun untuk pelajar. Pelajar sangat memerlukan perkataan 'diskaun' jika dia pandaikan manfaat  dalam berbelanja.

8. Beli buku apabila ada pesta jualan buku diadakan. Harga yang ditawarkan lebih murah berbanding harga jualan biasa.

9. Gunakan pakej internet yang membawa penjimatan dari segi bayaran bil. Contoh unlimited call ataupun unlimited data. Whatsapp jangan lupa install !

10. Jika anda perlu berkerja secara part time cari majikan yang boleh memberikan kebaikan kepada anda seperti makanan percuma disediakan ( fastfood ) atau diskaun ke atas barang barang yang dijual di kedai ( kedai buku ). Jodoh anda lebih luas disini.

11. Elakkan membeli belah sewaktu perut anda lapar  kerana anda pasti tidak terkawal sewaktu memilih makanan kerana semuanya nampak sedap. 

12. Lakukan perancangan bajet mingguan, dengan ini perbelanjaan anda lebih terkawal dan dipantau. Kalau tidak terkawal itu namanya boros !

13. Berbelanjalah seperti pelajar !

#BekasStudentPoli



No comments:

Powered by Blogger.