Ads Top

Gaji RM2000 Boleh Beli Rumah Jika Ikut Panduan Ini

Persoalan yang sering menerjah inbox facebook saya dan talian whatsapp saya ialah " bro gaji saya 2K boleh ke beli rumah ? " " Bro boleh tak beli rumah dengan gaji 1.5K ? "


Apa yang anda perasan tentang persoalan di atas ? Ya, amaun gaji mereka yang rendah membuatkan mereka berasa tidak layak membeli rumah. Malah ada yang sanggup tunggu sehingga betul betul gaji mereka sudah besar amaunnya kerana tidak yakin dengan gaji yang rendah mampu membeli rumah dan takut pihak bank tak meluluskan pinjaman.



Jika dengan amaun gaji yang sebegitu, kemungkinan anda layak memohon pinjaman dan ada kemungkinan anda tidak layak. Kenapa ada kemungkinan ?



Kerana ia bergantung kepada KOMITMEN anda setiap bulan. Apa kena mengena dengan komitmen ?



Secara dasarnya banyak aspek yang pihak bank akan lihat untuk meluluskan sesuatu permohonan pinjaman tetapi aspek paling utama ialah Debt Service Ratio anda yang menjadi perhatian.



1. RANCANG DSR



[ Ketahui Kelayakan Anda ]



Dalam kiraan DSR, komitmen anda menjadi penentu layak atau tidak anda memohon pinjaman perumahan. Jika dengan gaji RM 2K anda tidak mempunyai sebarang komitmen kemungkinan permohonan pinjaman anda lulus. Ada kemungkinan loan margin dikurangkan dari 90% ke 85% ataupun anda layak dapat loan margin sebanyak 90%.



Tetapi jika dengan gaji RM 2K anda mempunyai banyak komitmen permohonan anda mungkin ditolak mentah mentah.



Tak faham dan tak jelas ?



Baik! Saya tunjukkan contoh di bawah.



KES 1
---------



Harga Rumah : RM 100K
Ansuran Bulanan : RM 420
Komitmen : Tiada
Kos Sara Hidup : RM 1000 ( setiap bank lain nilainya )
Gaji Bersih : RM 2K



1. Kos Sara Hidup : RM 2000 - RM 1000 = RM 1000 ( baki gaji yang tinggal )



2. DSR : ( 420 / 2000 ) X 100% = 21%



Dari segi Baki Kos Sara Hidup ( jangan kurang dari RM 1000) dan nilai DSR kurang dari 60%, pinjaman anda boleh lulus.




KES 2
---------



Harga Rumah : RM 100K
Ansuran Bulanan : RM 420
Komitmen Kereta : RM 600
Personal Loan : 250
Kos Sara Hidup : RM 1000 ( setiap bank lain nilainya )
Gaji Bersih : RM 2K




1. Kos Sara Hidup : RM 2000 - RM 1000 = RM 1000 ( baki gaji yang tinggal )



2. DSR : ( 250 + 600 + 400 / 2000 ) X 100% = 63.5%



Dari segi Baki Kos Sara Hidup ( jangan kurang dari RM 1000) dan nilai DSR melebihi dari 60%, pinjaman anda boleh dikategorikan berisiko. Peratusan untuk tidak lulus adalah tinggi




2. PILIH HARGA RUMAH SESUAI



[ Ada Lagi Ke Rumah RM 100K? ]



Saya faham soalan itu akan ditanya. Kenapa pula tiada ? Malah rumah yang berharga bawah RM 100K pun ada lagi. Tetapi tidak di semua kawasan ada. Jika anda terus mencari dan berkawan dengan ejen hartanah anda akan nampak rumah dengan harga sedemikian memang wujud.



JANGAN KATA TIADA JIKA TAK MENCARI



Kalau Saya Tak Jumpa ?
------------------------------------



Jika benar anda tidak jumpa atau buat buat tak jumpa dengan rumah subsale yang berharga RM 100K ke bawah, anda mempunyai pilihan lain iaitu lelong. Anda boleh menggunakan khidmat ejen lelong untuk membantu anda dalam mencari rumah yang berpotensi untuk menang dengan harga kurang dari RM 100K. Tapi jika anda selalu buka mudah.my filterkan harga RM 100K anda akan dapat lihat. Kebiasaan harga bawah RM 100K ialah rumah kos rendah.



TOLONG JANGAN GELI NAK BELI RUMAH KOS RENDAH ATAU EKSYEN



3. CIPTA KOMITMEN MINIMA JIKA TIADA KOMITMEN



[ Tiada Komitmen Langsung Bank Reject ]



Memang benar jika pemohon tiada komitmen langsung peratus untuk pinjaman diluluskan agak tipis. Jadi tidaklah bermakna permohonan anda ditolak terus. Ada kes yang permohonan mereka berjaya walaupun tiada komitmen. Ada yang lulus 90% margin ada juga yang dikurangkan margin ke 80%-85%.



Kemungkinan ada aspek lain yang menyokong permohonan mereka contoh seperti mempunyai simpanan, dokumen lengkap dan teratur, tempoh berkerja, syarikat mereka berkerja dll.



4. TAMBAH PENDAPATAN LAIN



[ Cari Sumber Pendapat Tambahan ]



Salah satu cara lain ialah dengan menambah pendapatan sampingan yang sah dari segi perkiraan bank. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai DSR anda yang telah tinggi. Besarkan pendapatan anda dari nilai komitmen.



CUBA DULU BARU TAHU KEPUTUSAN



● SHARE UNTUK MANFAAT BERSAMA



No comments:

Powered by Blogger.