Ads Top

Kerja Kontrak Boleh Ke Beli Rumah Kos Rendah


Moshi moshi..

Sebelum ini abang izzue banyak bercerita tentang  perumahan kos rendah pada pembaca di luar sana. Kenapa abang izzue selalu tekankan perkara ini? Kerana abang izzue tak nak mereka salah informasi tentang perumahan kos rendah.

Abang izzue dapat PM di inbox dari salah seorang rakan facebook.

Tanya beliau " boleh ke pekerja kontrak membeli rumah kos rendah ? "

Ok, mari abang izzue jelaskan.

Sebenarnya tiada isu pun samada anda kerja kontrak ataupun tetap jika nak beli rumah kos rendah.

Anda kena faham 2 situasi. Pertama tentang pelepasan consent dari LPHS dan permohonan pinjaman perumahan.

Kalau untuk consent LPHS, pihak LPHS tak ambil tahu pun samada anda status kerja anda samada kontrak atau tetap. Yang penting anda lepas syarat utama membeli rumah kos rendah.

Oleh itu status kerja dipandang sewaktu memohon pinjaman perumahan anda. Ramai tidak berkeyakinan membeli rumah kerana status kerja kontrak.

Sesetengah bank melihat jenis pekerjaan anda dan jenis kontrak anda. Contohnya kontrak anda disambung setiap tahun, jadi peluang untuk memohon pinjaman itu ada.  Tidak perlu risau jika kontrak anda disambung setiap tahun. Untuk kukuhkan lagi dokumen permohonan anda berikanlah sekali  salinan bank statement duit simpanan anda.

Kesimpulannya status kerja kontrak boleh beli rumah kos rendah.



No comments:

Powered by Blogger.