Ads Top

Kes Bagaimana Tenancy Agreement Tak Boleh Di Guna Pakai

Baru-baru ini dapat keputusan Housing Loan untuk client abang Zack. Dukacitanya permohonan beliau tidak berjaya dengan Bank Simpanan Nasional. Jadi beliau terpaksa menunggu keputusan dari institusi kewangan yang lain.

Antara sebab kenapa tidak diluluskan ialah DSR melebihi  dari benchmark bank tersebut. 

Bergaji RM 2K ++ , mempunyai komitmen ASB Loan ( RM 285 belum cukup setahun ) dan PTPTN ( RM 103 )

Client mempunyai support income iaitu kedai sewa berjumlah RM 770 sebulan. 

Abang Zack tak nak cerita tentang komitmen ASB dan PTPTN, tetapi abang nak jelaskan tentang pendapatan sampingan beliau iaitu kedai sewa tadi.

Apa yang abang Zack nak cerita ialah Tenancy Agreement beliau TIDAK boleh diguna pakai sebagai income tambahan walaupun sudah di matikan stem.

Kenapa ?

Kebiasaan, institusi kewangan hanya akan minta Bank Statement ( duit sewa masuk ) dan Tenancy Agreement sendiri. Mudah dan senang kan untuk dokumen yang diminta.

Tetapi bagi prosedur di Bank Simpanan Nasional, anda perlu kemukakan dokumen lain seperti :

1. Bank Statement
2. Tenancy Agreement
3. SPA unit sewaan ( bukti hartanah milik anda )
4. Geran tanah / bangunan unit sewaan ( jika ada ) ( bukti anda pemilik hartanah )

Kenapa perlu SPA dan geran ?

Kerana pihak institusi perlu memastikan bahawa unit sewaan tersebut adalah hak milik pemohon bukan hak milik individu lain.

Bagi kes client abang Zack, unit tersebut adalah hak milik beliau dan beliau yang membina,  duit sewaan dan tenancy agreement adalah atas nama beliau. 

CUMA kedai tersebut didirikan atas tanah ayah beliau dan ini bermaksud geran tanah adalah atas nama ayahnya. Unit ini tiada SPA kerana bukan unit yang dibeli dari pemaju tetapi unit yang dibina sendiri.

Jadi pihak Bank Simpanan Nasional tidak menerima pendapatan sewa beliau sebagai pendapatan tambahan.

Jika geran tanah di atas nama beliau pihak institusi kewangan tidak ada masalah untuk meluluskan pinjaman beliau.

Setiap institusi kewangan mempunyai pro dan kontra, tak semua bank sama prosedur dan standard.

Mungkin juga prosedur bank lain hampir sama juga dengan kaedah yang diguna pakai oleh BSN.



- real case -

No comments:

Powered by Blogger.