Ads Top

Akibat Tersilap Langkah Pemuda Ini Perlu Membayar 30% Deposit

🔹Kali ini abg chik nak kongsikan kisah berkenaan pinjaman perumahan yang dilakukan oleh salah seorang client abg chik dulu kala.

🔹Hartanah yang beliau beli terletak di seksyen 7 shah alam sebuah rumah flat berharga RM 190K sahaja.




  • 🔹Setelah abg chik temuduga ( haha temuduga lah sangat ) client ni, tiada masalah bab profil kewangan beliau dan deposit. Malah abg chik explain juga bab LTV. Katanya juga ini pembelian rumah kedua beliau which is LTV 90%. Ok done ! 

🔹Boleh proceed..

🔹Selepas 3 minggu menunggu keputusan permohonan pinjaman perumahan dari bank.

🔹Alhamdulillah berita gembira dari beliau mengatakan loan beliau sudah lulus. 😃

🔹TETAPI 

🔹Beliau beritahu margin loan hanya 70% sahaja bukannya 90%, jika diikutkan rumah kedua adalah 90%.

🔹Lalu beliau kata, banker telah semak dalam CCRIS menunjukkan ada 2 pinjaman perumahan yang telah beliau lakukan sebelum ini.

🔹Dalam hati abg chik, la....

🔹Dia dah ada 2 rumah ke ? Sebelum ni kata baru ada sebuah rumah dan ini merupakan pembelian rumah kedua.

🔹Setelah disiasat, barulah beliau teringat bahawa beliau pernah membuat pinjaman perumahan untuk ayahnya sebelum ini.

🔹Bermaksud memang beliau sudah ada 2 pinjaman perumahan. 

🔹Setelah berbincang dengan beliau, maka beliau meneruskan juga pembelian rumah ini dan bersetuju membayar deposit sebanyak 30% disebabkan beliau layak hanya 70% margin pinjaman sahaja kerana ini merupakan rumah ketiga beliau walaupun rumah keduanya bukan miliknya.

🔹Mujur beliau ada simpanan lebih, maka boleh gunakan tambahan deposit.

🔹Moral of story : Tolong ingat jika anda pernah membuat mana-mana pinjaman perumahan untuk orang lain menggunakan nama anda. 


No comments:

Powered by Blogger.