Ads Top

Harga Rumah Jatuh Tahun 2018 ?

Dah lama abang chik tak menulis panjang dan berikan pendapat.

Sebenarnya sejak 2015 lagi kita sudah dengar khabar berita bahawa harga hartanah akan jatuh merudum. Pelbagai spekulasi telah dibuat berkenaan harga hartanah di Malaysia. 



Baru-baru ini juga kita diperdengarkan bahawa harga hartanah pada tahun hadapan akan jatuh.

Betul atau tidak?

Dari pandangan abang chik yang tak seberapa ini,

1. Bukan bidang kuasa abang chik sebenarnya untuk mengatakan harga hartanah akan jatuh pada tahun hadapan. Jatuh atau tidak itu semua akan diketahui pada masa yang tepat nanti.

 2. Tetapi di sini abg chik nak terangkan  pendapat abg chik jika betul harga hartanah jatuh nanti. 

3. Jika betul harga hartanah akan jatuh nanti, ianya bukanlah pada semua jenis hartanah.

4. Jenis hartanah yang berkemungkinan akan jatuh harganya ialah hartanah yang berharga RM 500K ke atas yakni high rise poperty.

5. Kenapa boleh jatuh ? Kerana pemilik hartanah jenis ini akan berlumba-lumba untuk menjual hartanah mereka, dan sentimen harga jualan akan jadi faktor utama harga hartanah akan menurun. Pada waktu ini harga jualan dan transaksi jualan akan menjadi faktor utama kepada harga pasaran.

6. Pemilik hartanah ini akan cuba menjual hartanah mereka dengan harga yang lebih rendah apabila mereka dalam keadaan yang terdesak. Asalkan hartanah mereka dapat dijual. Maka beberapa transaksi harga jualan yang rendah itu akan mempengaruhi harga pasaran di kawasan tersebut.

7. Kenapa mereka ini nak sangat jual property mereka ? Salah satu faktornya ialah holding power yang tidak begitu kuat. Jadi pemilik hartanah ini tidak mampu meneruskan lagi pemilikan hartanah mereka. Kadang-kadang faktor ekonomi juga telah mempengaruhi tahap kestabilan kewangan setiap dari pemilik hartanah ini.

8. Selain itu juga, pelaburan hartanah mereka tidak berjalan seperti yang dirancang iaitu setiap bulan perlu menanggung kerugian apabila kadar sewaan hartanah mereka lebih rendah dari ansuran bulanan hartanah tersebut. Bermaksud mereka perlu topup  ansuran bulanan rumah tersebut akibat kadar sewaan hartanah yang tidak begitu positif, negative cashflow pada setiap bulan. 

9. Dan secara logik akal, apabila bila dalam keadaan holding power yang sangat kurang dan ramai yang tidak mampu bayar ansuran bulanan jadi ramai yang terpaksa jual property mereka murah-murah atau paling teruk property kene lelong.

10.  Tetapi jika mereka ini tidak mahu kerugian dan masih lagi mempunyai holding power yang kuat, mereka masih boleh lagi untuk menyewakan hartanah tersebut sehingga pasaran hartanah stabil semula nanti.

11. Maka,  istilah market crash sebenarnya adalah ditujukan kepada pemilik yang struggle untuk menjual property mereka.

12. Bagaimana pula dengan hartanah yang berharga RM 300K ke bawah ? Seperti mana yang kita tahu market bagi hartanah yang di bawah harga RM 300K masih lagi tinggi. Begitu juga hartanah yang di bawah RM 200K, RM 100K dan seterusnya.

13. Demand hartanah bagi jenis hartanah sebegini masih lagi ada kerana rata-rata kadar sewaannya lebih tinggi dari ansuran bulanan hartanah itu. Sebab itu sekarang ini kita dapat lihat bahawa hartanah bagi harga RM 300K kebawah masih lagi ada demand tetapi agak perlahan sedikit transaksi jualannya.

14.  Kalau dilihat waktu sekarang pun hartanah jenis kondo/apartment atau high rise di beberapa kawasan memang telah jatuh secara amnya, tetapi bagi jenis hartanah yang sama dimana terletak berhampiran dengan MRT/LRT harga pasaran meningkat dari 10% ke 15%, ( walking distance bawah 1KM) kerana hartanah ini mempunyai faktor aksesibiliti yang sangat baik. Ianya juga merupakan salah satu booster dalam pemilihan hartanah untuk pelaburan.

15. Kesimpulannya, apabila dikatakan property market akan jatuh, maka ianya adalah buyers market. Sediakan bullet, target your property then SHOOT. Owner will suffer bit,  but as long as property mereka dapat jual mereka dah lega.

Mior Hafis Mior Ahmad
THE PROPERTY JEDI

No comments:

Powered by Blogger.